Friday, December 4, 2009

Lagi Mahasiswa Palestin Dianiaya


TV 2 Israel menayangkan potongan rakaman aksi biadab seorang pemukim Yahudi sedang menggelek seorang pemuda Palestin dengan keretanya berulang kali, sebelum akhirnya berhenti tepat di atas pemuda itu. Jeritan kesakitan pemuda itu membuatkan rakaman itu semakin mengiris hati yang melihatnya. Aksi keji ini terjadi di Hebron, Selatan Tebing Barat, Palestin, di depan mata polis Israel, petugas Bintang David Merah pengurus ambulan dan hadirin lainnya yang ada di situ.

Laman 'Infopalestin' berbahasa Arab menyiarkan, salah seorang di antara mereka menjerit dalam bahasa Ibrani "Gelek dia!" Sebahagian yang lain pula cuba menjauhkan kamera untuk menutup aksi keji ini dari media. Mangsa ialah Wasim Usamah Maswadah (21), seorang mahasiswa Universitai Jordan, bidang pengurusan. Polis Israel menuduhnya melakukan serangan terhadap dua orang Yahudi di pemukiman Kiryat Arba di Hebron.

Walau berstatus masih tertuduh, polis Israel telah menembaknya 6 kali; 4 peluru bersarang di perutnya dan 2 lagi di paha kanannya.Setelah itu, rakan Yahudi yang dikatakan diserang itu, menggelek Wasim dengan kereta berkali-kali. LamanAljazeera.net dan beberapa sumber lain mengatakan, selepas kejadian itu keadaan Wasim Usmah sangat kritis tetapi masih hidup.

Wasim yang meringkuk di hospital Hadasa Ain Karim, di kota Al-Quds, dikawal ketat oleh tentera, dan keluarganya tidak dibenarkan menziarah. Sedangkan penggelek Wasim hanya diinterogasi sejenak oleh pihak polis, kemudian dibebaskan dan tiada tindakan apa-apa diambil. ( link )